BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday 14 July 2013

Nostalgia Ramadan

ASSALAMUALAIKUM SEMUA....

Ramadan tiba lagi.Syukur Alhamdulilah.Aminn..Bulan mulia yang penuh berkat, bulan yang dipenuhi dengan amal ibadat, bulan yang pintu Syurga dibuka seluas-luasnya.Ya Allah bersyukur hamba kehadratmu kerana dapat bertemu lagi dengan bulan mulia ini pada tahun ini.


Hemm,sebut pasal bulan puasa ni, saya jadi teringat zaman berpuasa semasa budak-budak dulu.Ramadan+kanak-kanak..x payah saya tulis pun saya rasa pembaca semua tahu kan golongan budak-budak la golongan yang paling gembira bila tibanya bulan puasa ni..Macam tu jugak saya masa saya budak-budak dulu.Saya masih ingat lagi saya dan adik beradik terutama adik perempuan saya akan ternanti-nanti pengumuman puasa kat depan tv.Dulu saya dengan adik-adik panggil Penyimpan Mohor Besar Diraja tu....( ANAK BULAN ) hehehe..Haa bila da abis je pengumuman tu, memang kami akan menjerit "Yeayyy Esok puasa.yeye Esok puasa..." lebih kurang macam ni la...hehehe.Ok, waktu bersahur.Macam biasa la.Waktu yang paling liat sekali nak bangun.Orang yg kejutkan x lain x bukan, emak saya la.Bangun je terus mak bawak pegi singki dan masukkan air kat dlm mlut,kmur2 sikit basuh muka 2-3 kali...Sekarang ni x de dah sebab da besar.. :D ( Terasa rindu pulak ) Ok lah menu bersahur saya dan adik beradik.Selalunya mak akan masak Nasi lemak, Nasi goreng, Bihun Goreng, Roti cicah telur hancur dan Teh O Panas.Bagi saya masakan mak memang special.X de tandingannya kat dunia ni. ( TQ EMAK ) :) 

Lepas bersahur.....Hemm paham -paham sendiri sudah la ye..Nama pun budak2 kan..Memang sambung tido balik la jawabnya..hahahah.. :D

Kalau nak tau, setiap kali bulan puasa,emak saya akan jadi orang yg paling sibuk kat dapur dari dulu sampaila sekarang. Dulu mak saya suri rumah je, tapi bile die da keje, tugas mak lagi berganda. Dari dulu sampaila sekarang, emak buat kuih sikit2 pastu hantar kat bazar ramadan kat pekan tu. Kuih ape??? ade karipap, kesuie, kuih cara berlauk..Tapi sekarang, mak saya cuma buat karipap je atas sebab2 tertentu x dpt dah nak buat berjenis2. Merangkap assistant?? sy la dengan kakak sy yang akan tolong mak siapkan semua kuih2 ni.Waktu tu adik saya Ummu x reti lagi nak buat karipap.Tapi sekarang...Hahh!! da pandai da kome..hehehe.. :D Haa, kalau nak tau saya, adik perempuan saya dan kakak saya memang mewarisi kemahiran emak untuk buat kuih karipap ni.Mungkin satu hari nanti saya akan meneruskan legasi buat karipap ni kot..INSYAALLAH...sape tau kan.. :)


Bulan Ramadan memang menjanjikan memori yang manis bagi anak-anak kecil yang hidup dalam keadaan sederhana seperti kami. Pernah suatu ketika dahulu, saya dan Ummu disuruh emak untuk menghantar kuih ke bazar ramadan menaiki bas. Saya x kan pernah lupakan memori ni samapi bila.Berjalan kaki sambil bawa bakul ke perhentian bas dengan keadaan cuaca yang panas ketika itu. Bukan saya x perasan ada mata-mata liar yang memandang kami adik beradik masa tu, dan ada juga yang memandang sinis ke arah kami. Tapi bagi saya, semua tu da lali.Saya x pernah kisah dengan apa yang orang nak kata..Yang pasti saya nak tolong mak saya cari duit sikit2..


Kad Raya!!..Memang zaman saya kanak-kanak dulu boleh dikatakan zaman untuk kumpul kad raya ni.Design kad raya?x pyanh cite la.Memang bermacam-macam jenis.Warna warni kome..Tapi yang jadi peberet (FAVOURITE ) saya ketika itu ialah kad raya gambar kartun.hehehe..Saya ingat lagi kedai yang selalu saya kunjungi untuk beli kad raya ni. Syarikat Mewah.Sekarang kedai tu da tutup da.Da x wujud da pun.Kenangan ni.. :)


Bagi saya, Ramadan dan kanak-kanak memang x dapat dipisahkan. Selalunya bulan Ramadan juga banyak diceriakan oleh suara kanak-kanak di bahgaian luar surau, perkarangan rumah, dan kawasan sekeliling..Apakah mungkin wujud lagi suasana seriang ini pada masa akan datang?? 



Contoh Kad Raya Design Kartun

P/S : Kesusahan dan kesenangan ibarat roda yang sedang berpusing. Percayalah, satu hari nanti kesenangan akan berada di atas jua akhirnya. Jadi, jangan sesekali merungut dengan kesusahan yang menimpa. Jadikan ia sebagai saru cabaran. :)


Ramadan tiba.Ramadan Tiab.Marhaban Ya Ramadan.Marhaban Ya Ramadan...

Wednesday 3 July 2013

Keseronokan di LEGOLAND....

Assalamualaikum...
Haa..hari ni,,sempena bulan 7 yang baru je dtg ni kalu boleh saya nak cerita dekat semua pembaca tentang salah sebuah tempat menarik yang baru dibuka dekat JOHOR2...ala x kan x tau kot..heehehee...LEGOLAND la apa lagi..Memang sape yg datang kat sini sure akan rasa keseronokan yang x terhingga dan mungkin sampai x mau balik..Sebenarnya saya dah pernah pergi dah kat sini..tahun lepas...Tapi masa tu saya x de blog lagi untuk bercerita apa pengalaman saya kat sana.hehehe..Tp skrang,ALHAMDULILAH...da ade blog..So bolehla nak kongsi pengalamn dengan pembaca..kan.kan.kan.. :) 

Ok..Bagi sape2 yang mahukan Taman Tema yang sesuai untuk kanak-kanak dan keluaraga, Haa!! ini dia...LEGOLAND adalah tempat yang paling sesuai..Memang saya rekemen sangat2 dekat pembaca semua..Klau nak tau Taman Tema Legoland ni merupakan sebuah taman tema yang pertama di Asia dan keenam di dunia selepas taman tema yang ada di Denmark, UK, Jerman, California dan Florida di Amerika Syarikat.  ( Ahaa..Info ni saya dapat dalam buku..) Legoland menyediakan tujuh kawasan taman tema untuk semua peringkat umur..X kira la tua e muda ke,semua boleh main dan bersuka ria..yarkk!! :D Ok antaranya ialah, The Beginning, LEGO Technic, LEGO Kingdoms, LEGO City, Land of Adventure Imagination, dan Miniland..Ha part Miniland ni memang saya suka sangat untuk bergambar.Memang lama jugak la kat area ni..Tp memang panas..Sangat panas! So kalau sape2 yg nak spend time lame sikit kat sini kena la get ready ng payung..huhuhu.. :) Kat bawah ni gambar saya ng kawan2 dengan replika Twin Tower..Sempat lagi kami posing walaupun tengah panas...Hehehe..




Ok, mula-mula sekali saya nak cerita dengan kawasan The Beginning iaitu pintu gerbang yang berwarna warni yang menggambarkan keseronokan yang bakala bermula dan saya rasa mungkin noleh membuatkan korang semua rasa x sabar untuk memulakan pelayaran korang kat Kota Legoland ni..hihihi..Haa kalau nak sesuatu yang ekspress dan aksi, apa kata korang cuba LEGO Technic yang memang sangat menguji keberanian korang semua..X Pecaya?? Cuba Sendiri ok..Then ,kasitau kat sy... :) Ok, kalau nak sesuatu yang menerujakan perasaan korang semua, apa lagi..MINILAND la! tempat yang saya bergambar tu...Kalau nak tau Miniland ni ialah mercu tanda yang dicipta menggunakan lebih 30 juta bata LEGO...Unik tu kan.kan.kan..


Bagi peminat fanatik LEGO, saya sarankan untuk pergi ke bahagian Imagination yang merupakan tempat bagi sesiapa untuk meluahkan kreativiti mereka tanpa batasan. Korang semua boleh mencipta apa sahaja dan pecaya atau tidak, rekaan korang semua tu akan menjadi seolah -olah hidup..WOWWWW!!.... :) Dan..dan..dan.. Land of Adventure..jangan lupa untuk pergi ke sini..sebab ada sesuatu yang mendebarkan menanti korang semua. Kalau dekat LEGO City plak, ianya lebih ke arah kanak-kanak.Sebabnya, sesuatu yang sangat unik sedang menanti mereka!  Kanak-kanak berpeluang untuk mengemudi semua permainan termasuklah memadu kereta dan mengemudi kapal terbang..seronok kan.... :)


Bagi saya, walaupun LEGOLAND ini adalah yang keenam di dunia, keseronokan dan keunikannya sangat berbeza dengan taman tema yang lain. Kerana tarikan, makanan, dan landskapnya kesemuanya dibina mengikut kesesuaian persekitaran. Contohnya, Miniland, yang khusus didedikasikan kepada Asia termasuklah Menara Berkembar Petronas yang berketinggian 10 meter yang terdapat di sini. 


Taman Tema Legoland ni terletak di Bandar Iskandar yang sangat mudah dikunjungi dengan kereta, pengangkutan awam, mahupun udara.Kedudukan taman ni berhampiran dengan Sempadan dan hab antarabangsa Lapangan Terbang Changi yang sekaligus membolehkan warga Singapura mengambil masa hanya 10 minit perjalanan dari Link Kedua Tuas ( Second Link ). Kat sini, saya nak kongsi jugak mengenai tiket Taman Tema Legoland ni. Korang semua boleh beli tiket sehari atau pas tahunan yang sah laku untuk temph 12 bulan dan lawatan tanpa had sepanjang waktu beroperasi termasuklah hujung minggu dan cuti sekolah. Tapi bagi student2, saya sarankan kalau nak datang Legoland ni, kalau boleh booking tiket awal2 dan boleh dapat harga student..Yg penting kene kol, dan book awal2 dulu..


INFO : 

Waktu Beroperasi
Isnin-Jumaat
10 pagi-6 petang

Sabtu/Ahad/Cuti Sekolah/Cuti Umum
10 pagi-8 malam
Dibuka setiap hari kecuali hari Rabu di luar cuti sekolah dan cuti umum. )

Harga Tiket

Dewasa            :RM 140
Kanak-kanak  : 3-11 tahun ( RM 110 )
Warga Emas   : Atas 60 tahun ( RM110 )

SELAMAT MENGUNJUNGI LEGOLAND!!