BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday 14 July 2013

Nostalgia Ramadan

ASSALAMUALAIKUM SEMUA....

Ramadan tiba lagi.Syukur Alhamdulilah.Aminn..Bulan mulia yang penuh berkat, bulan yang dipenuhi dengan amal ibadat, bulan yang pintu Syurga dibuka seluas-luasnya.Ya Allah bersyukur hamba kehadratmu kerana dapat bertemu lagi dengan bulan mulia ini pada tahun ini.


Hemm,sebut pasal bulan puasa ni, saya jadi teringat zaman berpuasa semasa budak-budak dulu.Ramadan+kanak-kanak..x payah saya tulis pun saya rasa pembaca semua tahu kan golongan budak-budak la golongan yang paling gembira bila tibanya bulan puasa ni..Macam tu jugak saya masa saya budak-budak dulu.Saya masih ingat lagi saya dan adik beradik terutama adik perempuan saya akan ternanti-nanti pengumuman puasa kat depan tv.Dulu saya dengan adik-adik panggil Penyimpan Mohor Besar Diraja tu....( ANAK BULAN ) hehehe..Haa bila da abis je pengumuman tu, memang kami akan menjerit "Yeayyy Esok puasa.yeye Esok puasa..." lebih kurang macam ni la...hehehe.Ok, waktu bersahur.Macam biasa la.Waktu yang paling liat sekali nak bangun.Orang yg kejutkan x lain x bukan, emak saya la.Bangun je terus mak bawak pegi singki dan masukkan air kat dlm mlut,kmur2 sikit basuh muka 2-3 kali...Sekarang ni x de dah sebab da besar.. :D ( Terasa rindu pulak ) Ok lah menu bersahur saya dan adik beradik.Selalunya mak akan masak Nasi lemak, Nasi goreng, Bihun Goreng, Roti cicah telur hancur dan Teh O Panas.Bagi saya masakan mak memang special.X de tandingannya kat dunia ni. ( TQ EMAK ) :) 

Lepas bersahur.....Hemm paham -paham sendiri sudah la ye..Nama pun budak2 kan..Memang sambung tido balik la jawabnya..hahahah.. :D

Kalau nak tau, setiap kali bulan puasa,emak saya akan jadi orang yg paling sibuk kat dapur dari dulu sampaila sekarang. Dulu mak saya suri rumah je, tapi bile die da keje, tugas mak lagi berganda. Dari dulu sampaila sekarang, emak buat kuih sikit2 pastu hantar kat bazar ramadan kat pekan tu. Kuih ape??? ade karipap, kesuie, kuih cara berlauk..Tapi sekarang, mak saya cuma buat karipap je atas sebab2 tertentu x dpt dah nak buat berjenis2. Merangkap assistant?? sy la dengan kakak sy yang akan tolong mak siapkan semua kuih2 ni.Waktu tu adik saya Ummu x reti lagi nak buat karipap.Tapi sekarang...Hahh!! da pandai da kome..hehehe.. :D Haa, kalau nak tau saya, adik perempuan saya dan kakak saya memang mewarisi kemahiran emak untuk buat kuih karipap ni.Mungkin satu hari nanti saya akan meneruskan legasi buat karipap ni kot..INSYAALLAH...sape tau kan.. :)


Bulan Ramadan memang menjanjikan memori yang manis bagi anak-anak kecil yang hidup dalam keadaan sederhana seperti kami. Pernah suatu ketika dahulu, saya dan Ummu disuruh emak untuk menghantar kuih ke bazar ramadan menaiki bas. Saya x kan pernah lupakan memori ni samapi bila.Berjalan kaki sambil bawa bakul ke perhentian bas dengan keadaan cuaca yang panas ketika itu. Bukan saya x perasan ada mata-mata liar yang memandang kami adik beradik masa tu, dan ada juga yang memandang sinis ke arah kami. Tapi bagi saya, semua tu da lali.Saya x pernah kisah dengan apa yang orang nak kata..Yang pasti saya nak tolong mak saya cari duit sikit2..


Kad Raya!!..Memang zaman saya kanak-kanak dulu boleh dikatakan zaman untuk kumpul kad raya ni.Design kad raya?x pyanh cite la.Memang bermacam-macam jenis.Warna warni kome..Tapi yang jadi peberet (FAVOURITE ) saya ketika itu ialah kad raya gambar kartun.hehehe..Saya ingat lagi kedai yang selalu saya kunjungi untuk beli kad raya ni. Syarikat Mewah.Sekarang kedai tu da tutup da.Da x wujud da pun.Kenangan ni.. :)


Bagi saya, Ramadan dan kanak-kanak memang x dapat dipisahkan. Selalunya bulan Ramadan juga banyak diceriakan oleh suara kanak-kanak di bahgaian luar surau, perkarangan rumah, dan kawasan sekeliling..Apakah mungkin wujud lagi suasana seriang ini pada masa akan datang?? 



Contoh Kad Raya Design Kartun

P/S : Kesusahan dan kesenangan ibarat roda yang sedang berpusing. Percayalah, satu hari nanti kesenangan akan berada di atas jua akhirnya. Jadi, jangan sesekali merungut dengan kesusahan yang menimpa. Jadikan ia sebagai saru cabaran. :)


Ramadan tiba.Ramadan Tiab.Marhaban Ya Ramadan.Marhaban Ya Ramadan...

Wednesday 3 July 2013

Keseronokan di LEGOLAND....

Assalamualaikum...
Haa..hari ni,,sempena bulan 7 yang baru je dtg ni kalu boleh saya nak cerita dekat semua pembaca tentang salah sebuah tempat menarik yang baru dibuka dekat JOHOR2...ala x kan x tau kot..heehehee...LEGOLAND la apa lagi..Memang sape yg datang kat sini sure akan rasa keseronokan yang x terhingga dan mungkin sampai x mau balik..Sebenarnya saya dah pernah pergi dah kat sini..tahun lepas...Tapi masa tu saya x de blog lagi untuk bercerita apa pengalaman saya kat sana.hehehe..Tp skrang,ALHAMDULILAH...da ade blog..So bolehla nak kongsi pengalamn dengan pembaca..kan.kan.kan.. :) 

Ok..Bagi sape2 yang mahukan Taman Tema yang sesuai untuk kanak-kanak dan keluaraga, Haa!! ini dia...LEGOLAND adalah tempat yang paling sesuai..Memang saya rekemen sangat2 dekat pembaca semua..Klau nak tau Taman Tema Legoland ni merupakan sebuah taman tema yang pertama di Asia dan keenam di dunia selepas taman tema yang ada di Denmark, UK, Jerman, California dan Florida di Amerika Syarikat.  ( Ahaa..Info ni saya dapat dalam buku..) Legoland menyediakan tujuh kawasan taman tema untuk semua peringkat umur..X kira la tua e muda ke,semua boleh main dan bersuka ria..yarkk!! :D Ok antaranya ialah, The Beginning, LEGO Technic, LEGO Kingdoms, LEGO City, Land of Adventure Imagination, dan Miniland..Ha part Miniland ni memang saya suka sangat untuk bergambar.Memang lama jugak la kat area ni..Tp memang panas..Sangat panas! So kalau sape2 yg nak spend time lame sikit kat sini kena la get ready ng payung..huhuhu.. :) Kat bawah ni gambar saya ng kawan2 dengan replika Twin Tower..Sempat lagi kami posing walaupun tengah panas...Hehehe..




Ok, mula-mula sekali saya nak cerita dengan kawasan The Beginning iaitu pintu gerbang yang berwarna warni yang menggambarkan keseronokan yang bakala bermula dan saya rasa mungkin noleh membuatkan korang semua rasa x sabar untuk memulakan pelayaran korang kat Kota Legoland ni..hihihi..Haa kalau nak sesuatu yang ekspress dan aksi, apa kata korang cuba LEGO Technic yang memang sangat menguji keberanian korang semua..X Pecaya?? Cuba Sendiri ok..Then ,kasitau kat sy... :) Ok, kalau nak sesuatu yang menerujakan perasaan korang semua, apa lagi..MINILAND la! tempat yang saya bergambar tu...Kalau nak tau Miniland ni ialah mercu tanda yang dicipta menggunakan lebih 30 juta bata LEGO...Unik tu kan.kan.kan..


Bagi peminat fanatik LEGO, saya sarankan untuk pergi ke bahagian Imagination yang merupakan tempat bagi sesiapa untuk meluahkan kreativiti mereka tanpa batasan. Korang semua boleh mencipta apa sahaja dan pecaya atau tidak, rekaan korang semua tu akan menjadi seolah -olah hidup..WOWWWW!!.... :) Dan..dan..dan.. Land of Adventure..jangan lupa untuk pergi ke sini..sebab ada sesuatu yang mendebarkan menanti korang semua. Kalau dekat LEGO City plak, ianya lebih ke arah kanak-kanak.Sebabnya, sesuatu yang sangat unik sedang menanti mereka!  Kanak-kanak berpeluang untuk mengemudi semua permainan termasuklah memadu kereta dan mengemudi kapal terbang..seronok kan.... :)


Bagi saya, walaupun LEGOLAND ini adalah yang keenam di dunia, keseronokan dan keunikannya sangat berbeza dengan taman tema yang lain. Kerana tarikan, makanan, dan landskapnya kesemuanya dibina mengikut kesesuaian persekitaran. Contohnya, Miniland, yang khusus didedikasikan kepada Asia termasuklah Menara Berkembar Petronas yang berketinggian 10 meter yang terdapat di sini. 


Taman Tema Legoland ni terletak di Bandar Iskandar yang sangat mudah dikunjungi dengan kereta, pengangkutan awam, mahupun udara.Kedudukan taman ni berhampiran dengan Sempadan dan hab antarabangsa Lapangan Terbang Changi yang sekaligus membolehkan warga Singapura mengambil masa hanya 10 minit perjalanan dari Link Kedua Tuas ( Second Link ). Kat sini, saya nak kongsi jugak mengenai tiket Taman Tema Legoland ni. Korang semua boleh beli tiket sehari atau pas tahunan yang sah laku untuk temph 12 bulan dan lawatan tanpa had sepanjang waktu beroperasi termasuklah hujung minggu dan cuti sekolah. Tapi bagi student2, saya sarankan kalau nak datang Legoland ni, kalau boleh booking tiket awal2 dan boleh dapat harga student..Yg penting kene kol, dan book awal2 dulu..


INFO : 

Waktu Beroperasi
Isnin-Jumaat
10 pagi-6 petang

Sabtu/Ahad/Cuti Sekolah/Cuti Umum
10 pagi-8 malam
Dibuka setiap hari kecuali hari Rabu di luar cuti sekolah dan cuti umum. )

Harga Tiket

Dewasa            :RM 140
Kanak-kanak  : 3-11 tahun ( RM 110 )
Warga Emas   : Atas 60 tahun ( RM110 )

SELAMAT MENGUNJUNGI LEGOLAND!!

Friday 21 June 2013

Kenangan Indah Mengusik Jiwa


Assalamualaikum...Hemm..Hari ni saya nak kongsi dengan semua pembaca dengan slideshow yang saya sendiri buat bagi mengingati kawan kawan saya sepanjang belajar di Kolej Komuniti Pasir Salak..Orang kata setiap peristiwa yang berlaku dalam hidup kita akan menjadi sebuah kenangan yang mungkin akan membuatkan kita tertanya-tanya atau mengingatinya sampai bila-bila...So....Check Out this....ENJOY.... :)

Monday 3 June 2013

Kerja..kerja..kerja

Assalamualaikum...
Hemm..Kerja..kerja..kerja... Sebut pasal kerja ni kan..Serabut jugak memikirkannya..Kerja dan duit.Kedua-dua aspek yang memainkan peranan penting dalam kehidupan makhluk yg bernama "MANUSIA ". Tanpa dua perkara ni saya rasa x hidupla manusia jawabnya.hehehe..Kalau boleh hidup tanpa kerja pun, mesti bergantung kat mak ayah la2 tu.. Tapi, sampai bile kan..Sampai bile nak bergantung kat mereka. Mereka pun makin lama makin dimamah usia kan. Ok lah, bile cerita pasal kerja ni kan, disebabkan saya baru je abis belajar, kira macam Fresh Graduate la katekan..kan.kan.kan..Walaupun Kolej Komuniti je.. Sekarang ni kerja yang saya tengah buat sekarang ni x dela macam kerja sangat. Abis je belajar, saya dapat offer dari seorang pensyarah SPK ( Sijil Pemprosesan Makanan ) yang kiranya saya rapat jugakla. Pensyarah ni offer saya untuk jaga E-Tech Kolej kira macam koperasi jugakla. Mula-mula tu, saya x fikir pun pasal offer ni, sebab perancangan utama saya lepas abis belajar, saya nak keje kat tempat lama saya ( R&R Tapah ) memandangkan tauke saya pun dah pun kol saya untuk offer saya jerja dengan dia. Dan saya fikir jugak kalau saya terima offer dari pensyarah ni, itu bermakna saya kena duduk la kat CHANGKAT LADA NAN INDAH NI! alamak..kena bayar sewa rumah lagi..BEBAN.BEBAN..Haduihhh... Tapi, lama-lama lepas saya fikir-fikir balik, kira ok jugak kalau saya amik je offer dari pensyarah saya ni, sebabnya.....Sebabnya nak tau knp?? Sebabnya kira UP la sikit dari kerja kat R&R kan.kan.kan..eh, tapi saya x kata pun kerja kat R&R ni x elok kan...CUMA,,UP la sikit...itu je pun..hehehehe..

10 Mei 2013...Tarikh ni! Tarikh ni! Bermula la kehidupan saya sebagai seorang pekerja di E-Tech Kolej Komuniti Pasir Salak iaitu tempat saya menimba ilmu suatu ketika dahulu. Ex student kerja kat kolej! aiyak....Hehehehe.. Haa, mula-mula saya start kerja, adela dalam seminggu kan, dalam seminggu tu macam-macam dugaan jugakla saya tempuh kat BUMI CHANGKAT LADA NI...Dengan gas x da nya kat rumah, duit x bape nak nampaknya, macam macam la...Haa, dalam seminggu tunak tau x siapakah gerangan orang yang baik sangat nak tolong saya kat sini..Jeng.jeng.jeng..Hahh! ini dia.. Mohd Norshukri bin Marwan...nak tau sape dia? Dia ni budak satu kelas ng saya masa saya part 4 dulu. Waktu tu, dia baru je masuk.. Isk.isk.isk..nak gelak pun ada bila teringat dia. Budak yang bajet-bajet tapi dalam masa yang sama banyak membantu saya kat sini. Bolehla..hehehe.. :)


Ok lah genap seminggu jugakla asaya kerja kat E-Tech,AKHIRNYA! Cik Siti Nur Aini Hasni sampai juga kat Bumi Changkat Lada ni..hehehe...sape lagi housemate saya masa saya belajar dulu la..Haa kalau nak tau, Hasni ni la yang teman saya kerja kat sini sampaila sekarang sementara x de buat apa-apa kan..


Eh, ni macam da kira lari tajuk je ni kan..Oklah, baru baru ni saya ada dapat panggilan suruh datang interview kat tempat die..Ape nama dia ye..Haa!! Pusat Pendidikan Ilham Bestari..Kat Teluk Intan tu...Tempat tuition la kiranya. Memang peluang sgt2...Saya ambil peluang ni untuk pergi interview dia..Mana la tau kan kot-kot dapat kerja Kerani yang saya apply2.INSYAALLAH..Aminn..Ha yang inila saya nak cerita kat sini...Perjalanan menuju ke tempat interview ni...Ya Allah..Tuhan je la yang tau...Kebetulan hari interview2 hari yang sama dengan hari kenduri abang kawan saya dekat Sri Iskandar...Berbelah bahagi jugakla saya....NAK PG KE X..NAK PG KE X...hehehe...Last-last saya ambil keputusan untuk pergi kedua-dua tempat ni..Memang pakai kebaya la jawabnya..Kebetulan memang baju2 je yang ada kat rumah sewa saya ni.Yela nak pergi kenduri kan..Alang-alang lepas abis kenduri, terus je la pergi interview kan..X kan nak patah balik kot kan... :) Sepanjang perjalanan tu Ya Allah...panas...PANAS SGT2..DAN PANAS..ish.ish.ish. Dengan naik skuter nya..Memang skuter Bad la yang jadi mangsa kan...Yang jadi mangsa teman saya pergi interview sape lg kan..x lain x bukan..Hasni, Jijie, Shuk, dan kawan baru saya merangkap kawan Jijie ng Shuk waktu sekolah dulu...Si Padil yg gile! hehehe...Mereka ni memang sempoi..Sanggup teman saya dari Sri Iskandar tu ke Teluk Intan..Jauh tu x pyh cakapla...Memang sakit-sakit badan jawabnya.. Apa- apa pun perjalanan saya ng kawan -kawan saya dari Changkat Lada, Sri Iskandar ke Teluk Intan, SUCCESS!! YES!...walaupun badan sakit-sakit pas sampai umah ) Anyway, Thank's korang.... :)


Hemm,,apa -apa pun saya memang harap sangat-sangat semoga saya dapat kerja kat tempat tuition tu..Amin.amin.amin Ya Allah...Tapi kalau x dapat pun x pelah..Nak buat macam mane kan..Yang penting saya da berusaha..Yes Sue!! yg penting usaha dan tawakal....kan.kan.kan...


p/s : Changkat Lada, Sri Iskandar, Teluk Intan...Membawa seribu kenangan yang kekal abadi. KiTA BOLEH MENCIPTA KENANGAN YANG INDAH SEKIRANYA KITA TAHU BAGAIMANA UNTUK MENGHARGAI KENANGAN..

Sunday 2 June 2013

Siapa Saya....

Assalamualaikum. Ini merupakan tinta pertama saya sebagai seorang penulis blog yg baru sahaja berjinak-jinak dengan dunia penulisan ini. Sebelum tu, saya nak kenalkan diri saya terlebih dahulu kepada pembaca semua. Nama diberi, Suraya Hanum bt Jahauddin oleh sepasang suami isteri yg hidup dalam keadaan sederhana yg pada ketika itu hanya memiliki sebuah motosikal buruk keluaran suzuki. Anak ini telah dilahirkan tanggal 2 Februari 1991 dengan tangisan yg panjang.. (Mungkinla )..Dan ketika anak ini dilahirkan, dia telahpun mempunyai seorang abang ( Abdul Hafez Jahauddin ) dan seorang kakak yg sangat menyayanginya ( Nur Aminah Jahauddin ). Anak ini dibesarkan dengan dengan penuh kasih sayang dari ibu dan ayahnya yang pada ketika itu hanya bekerja sebagai seorang Tukang Kayu dan ibunya hanyalah seorang suri rumah. Panggilan adik merupakan panggilan manja bagi anak ini yg sehingg akini masih menjadi panggilan kepada saya. (mesti korang x pecaya kan.... ) Kelakar pun ada rasanya.. 
          Sehinggalah anak ini menginjak ke umur 4 tahun, Ibunya menghantarnya ke tabika yang berdekatan dengan rumahnya. ( Tabika ni wujud lagi tau sampai sekarang ) Namun, malang bagi diri anak kecil ini kerana dia hanya sempat bersekolah di tabika itu setakat umurnya 4 tahun sahaja. Masuk sahaja umurnya 5 tahun, ibunya mengambil tugas menjadi seorang guru mendidik anaknya sendiri.( ahh, masih saya ingat lagi betapa berbisanya cubitan dan pukulan emak di lengan saya pada ketika itu. Haa, jgn x tau, disebabkan cubitan itula,saya jadi orang sekarang tau..Kalau x, x taulah...hehehe.. ) TQ EMAK... Masuk je darjah 1, ketika itu tahun 1997.. Masih saya ingat lagi pagi itu ayah telah membawa saya ke sebuah sekolah yg sangat cantik.. ( SK SERI BIDOR ) Bagi saya dunia persekolahan pada ketika itu sangat asing..Maklumlah budak yg sekolah tabika x abis kan...hehehe..Waktu itu, ayah yang uruskan urusan pendaftaran saya hinggalah menemani saya masuk ke kelas sambil memandang dari luar tingkap.. ( Mulianya hatimu wahai ayah) Haa, itu cerita saya zaman sekolah rendah, masuk je sekolah menengah, sekolah pertama yang saya jejakkan kaki ialah Sekolah Menengah Agama Maahad Al Abbasiyah...Sekolah ni kat sungkai..Hahahhaha..lawak jugak bila pikir-pikir balik..Macam manela saya boleh sangkut kat sekolah ni. Tapi sayang, saya hanya sempat bersekolah di sekolah ini seminggu je. Sekolah kedua  bagi diri saya bertapak ialah, Sekolah Menengah Kebangsaan Buyong Adil kat Tapah tu....Haa tp yg pasti agama masih menjadi pilihan emak bagi diri saya. Emak telah mendaftarkan saya di kelas aliran agama yg pada ketika itu dikenali sebagai KAA.. Huhh tersiksa jugakla duduk kat kelas tu..Malang bagi saya, sebab saya x de kawan..x taula knp budak-budak dalam kelas tu x mau kawan ng sy...( Hemm,, mungkin disebabkan otak sy yg sgt lembap pada ketika itu.) Tapi habis jugakla saya setahun kat sekolah tu.. 
 (Sekolah Menengah Kebangsaan Buyong Adil Tapah)

Masuk je Form 2, terus saya memberitahu niat saya kepada ayah untuk bertukar ke sekolah baru di belakang rumah.. Sebab kawan-kawan satu kepala ng saya memg ada kat sekolah tu..hehehe... Haa ni la sekolah terakhir saya sampai saya masuk form 6..haa jgn x pecaya...Nama sekolah ni Sekolah Menengah Kebangsaan Bidor.. sekolah top ni..hehehe...Kenangan kat sekolah ni memang banyak. Zaman Form 2 sampai Form 5 jadi geng budak pempuan kelas no 3 yang terkenal dengan geng budak jahat..hahahha.. Eka, Dewi, Shidah, Hajar, Umi..Dan Ayu........................Seorang kawan yang saya x kan lupekan sampai bila-bila. (ada kisah di sebalik ini.. RAHSIA ) Ok lah...itu cerita zaman budak budak dulu..Zaman Form 6!!!! inila zaman yang bagi saya boleh dikatakan indahla la juga. Walaupun keputusan STPM saya x bape nak elok.. Hariz, Dayah, Syiah, Huda, T-ah, Mimie...Inila kawan2 saya waktu form 6. Mereka2 ni sume da bejaya masuk U. Da bejaya da deme sekarang...Sekarang ni banyak dari kalangan mereka yang da lost contact ng aku walaupun baru je bape tahun x jupe...ajaib kan..kan.kan..  :) Cuma Hariz yang kadang -kadang ada berhubung sikit-sikit la ng saya. Yang lain semua pakat pakat like-like kat fb je...hehehehe...

     (Sekolah Menengah Kebangsaan Bidor)

Habis cerita zaman Form 6. Habis je STPM, saya mula memikirkan ke mana arah tuju saya dengan umur saya yang masih boleh dikatakan sangat mentah pada ketika itu. Untuk sementara waktu, saya bekerja di R&R Arah Tapah. Sekurang-kurangnya dapatlah saya duet belanja sikit walaupun jumlahnya x banyak. Tapi saya tetap bersyukur dengan pekerjaan saya ini. Walaupun kebanyakan dari mulut-mulut yang saya dengar pekerjaan ini x sesuai dengan umur saya yang masih mentah pada ketika itu. Tapi ayah dan emak dah pun beri keizinan kepada saya.. Terima kasih emak ayah. :) Suatu hari, tiba-tiba emak menyuruh saya untuk memohon belajar di Kolej Komuniti. KK yang emak sarankan x lain x bukan KK yang pernah menjadi tempat kakak saya menimba ilmu suatu ketika dahulu. yaa KKPS!! KKPS!!... Tanpa buang masa dan fikir apa-apa, terus saya memohon. Masa tu, saya memohon untuk ambil bidang yang sama dengan bidang kakak saya..PELANCONGAN Dan...x disangka jugak, saya diterima untuk masuk ke kolej itu...Saya x dapat gambarkan perasaan saya ketika itu..Antara malu dan gembira..Knp sy malu....haa,,disebabkan umur saya yang masa tu da mencecah 20 tahun, sedangkan golongan umur yang sesuai masuk ke Kolej Komuniti ni dlm linkungan 18-19...Ahh,,malunya saya ng kwn2 cikgu2 kat sekolah....Tp, sy tepikan semua tu...Saya tetap akan masuk kolej komuniti ni..lantakla orang nak kata apa pun..Haa itula saya...seorang yang x pnah pduli ape orang nak cakap..heeee..Tapi dalam hati tu bekira-kira jugakla betul ke saya nak amik kos Pelancongan ni..ulang suara ye..PELANCONGAN!! :D 


5/7/2011...Tanggal ni saya akan ingat sampai bila-bila..Tarikh ni merupakan tarikh saya masuk Kolej Komuniti Pasir Salak..yeayyy!!!.....nak tau x saya pergi daftar kat  sini dengan menggunakan khidmat maksu ng paksu...ye paksu ng maksu...SEBABNYA.....sebab keluarga saya x de kereta...x pecaya kan...tp itula kenyataannya ayah x dpat nak anta saya pergi daftar..Ayah hanya mampu mengusap kepala saya pagi itu sebelum dia pergi kerja...TQ AYAH.... :) ok da sampai kat KKPS...Ramainya orang sy nampak..mase ni macam perasaan tergambar dalam fikiran saya..macam ni ke rasanya masuk kolej..YA ALLAH..SERONOKNYA...SRONOK SGT2.... :) Hemm,,nak tau x orang pertama yang saya nampak kat kolej ni sape....haaa...Noor Shafizah bt Mohd Yusoff...( Pieja ) Merangkap housemate saya sampaila aku abis belaja kat KKPS ni...tp die x nampak pun aku..aku cuma mampu memandang dari jauh je..( Dalam ati aku cakap,,lawa jugak minah ni..hahaahah.. :D ) Ok lahh..Nak tau org pertama yang mengukir senyuman ng aku sape....haa...FARAH AZIZI...iaitu budak i.t..mase tu die pakai baju kaler hijau..die la org pertama yang senyum ng aku..aku pun senyum la blik..org da snyum kan..( mase tu aku harap sangat2 mtak2 la die ni budak pelancongan..tp sangkaan aku meleset..DIE BUDAK I.T LA!!! AISEYMANNNNN......ishhhh..ok x pelah lupekan pasal FARAH..sebaris ng saya, haa...Hasni, Mek, Pieja...haa mereka2 ni la yg budak2 pelancongan!! Housemate saya2.....x sangka kan...memg x sangka kan...Dan sekarang korang sume nak tau x,, saya dah pun abis belajar kat KKPS ni.Saya da abis belaja..da abis!!da abis...mcm x pecaya je... EHH2..lupe plak.... satu2nya kawan lelaki yg saya ada...BAD!!!! lupe nak cite pasal ko kan...haa kalau nak tau, bad,hasni, pieja, merupakan kawan baik yg saya ade kat KKPS ni sampaila 2013..ye 2013!! tahun saya abis belajar.. Sekarang ni masing-masing da bawak haluan sendiri. Mungkin nanti Bad, Pieja, Hasni akan sambung belajar kat poli...tp saya mungkin x..Dengan umur saya yang da 22 ni kan..kan..kan...memg x la saya nak smbung belajar. Sepanjang belajar kat KKPS ni mcm2 kenangan yg saya dapat..kebanyakannya manis..Tp dalam manis2 mesti ade yg pahit kan...tp yg pahit2 sy jadikan sebagai satu cabaran utk sy truskan khidupan sy kat DAERAH CHANGKAT LADA YG SERBA INDAH NI...WAHHHH... :D Sape kate org yg da abis STPM masuk kolej komuniti x blh berjaya...Sape yg kata..Itu cuma keluar dari mulut mereka yg tidak tahu menilai erti sekeping ILMU...............

( Kolej Komuniti Pasir Salak )

 p/s : Kadang-kadang kita x sempat untuk mengenali seseorang itu tanpa kita sedari yang orang itu sangat bermakna...