BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday 3 July 2013

Keseronokan di LEGOLAND....

Assalamualaikum...
Haa..hari ni,,sempena bulan 7 yang baru je dtg ni kalu boleh saya nak cerita dekat semua pembaca tentang salah sebuah tempat menarik yang baru dibuka dekat JOHOR2...ala x kan x tau kot..heehehee...LEGOLAND la apa lagi..Memang sape yg datang kat sini sure akan rasa keseronokan yang x terhingga dan mungkin sampai x mau balik..Sebenarnya saya dah pernah pergi dah kat sini..tahun lepas...Tapi masa tu saya x de blog lagi untuk bercerita apa pengalaman saya kat sana.hehehe..Tp skrang,ALHAMDULILAH...da ade blog..So bolehla nak kongsi pengalamn dengan pembaca..kan.kan.kan.. :) 

Ok..Bagi sape2 yang mahukan Taman Tema yang sesuai untuk kanak-kanak dan keluaraga, Haa!! ini dia...LEGOLAND adalah tempat yang paling sesuai..Memang saya rekemen sangat2 dekat pembaca semua..Klau nak tau Taman Tema Legoland ni merupakan sebuah taman tema yang pertama di Asia dan keenam di dunia selepas taman tema yang ada di Denmark, UK, Jerman, California dan Florida di Amerika Syarikat.  ( Ahaa..Info ni saya dapat dalam buku..) Legoland menyediakan tujuh kawasan taman tema untuk semua peringkat umur..X kira la tua e muda ke,semua boleh main dan bersuka ria..yarkk!! :D Ok antaranya ialah, The Beginning, LEGO Technic, LEGO Kingdoms, LEGO City, Land of Adventure Imagination, dan Miniland..Ha part Miniland ni memang saya suka sangat untuk bergambar.Memang lama jugak la kat area ni..Tp memang panas..Sangat panas! So kalau sape2 yg nak spend time lame sikit kat sini kena la get ready ng payung..huhuhu.. :) Kat bawah ni gambar saya ng kawan2 dengan replika Twin Tower..Sempat lagi kami posing walaupun tengah panas...Hehehe..




Ok, mula-mula sekali saya nak cerita dengan kawasan The Beginning iaitu pintu gerbang yang berwarna warni yang menggambarkan keseronokan yang bakala bermula dan saya rasa mungkin noleh membuatkan korang semua rasa x sabar untuk memulakan pelayaran korang kat Kota Legoland ni..hihihi..Haa kalau nak sesuatu yang ekspress dan aksi, apa kata korang cuba LEGO Technic yang memang sangat menguji keberanian korang semua..X Pecaya?? Cuba Sendiri ok..Then ,kasitau kat sy... :) Ok, kalau nak sesuatu yang menerujakan perasaan korang semua, apa lagi..MINILAND la! tempat yang saya bergambar tu...Kalau nak tau Miniland ni ialah mercu tanda yang dicipta menggunakan lebih 30 juta bata LEGO...Unik tu kan.kan.kan..


Bagi peminat fanatik LEGO, saya sarankan untuk pergi ke bahagian Imagination yang merupakan tempat bagi sesiapa untuk meluahkan kreativiti mereka tanpa batasan. Korang semua boleh mencipta apa sahaja dan pecaya atau tidak, rekaan korang semua tu akan menjadi seolah -olah hidup..WOWWWW!!.... :) Dan..dan..dan.. Land of Adventure..jangan lupa untuk pergi ke sini..sebab ada sesuatu yang mendebarkan menanti korang semua. Kalau dekat LEGO City plak, ianya lebih ke arah kanak-kanak.Sebabnya, sesuatu yang sangat unik sedang menanti mereka!  Kanak-kanak berpeluang untuk mengemudi semua permainan termasuklah memadu kereta dan mengemudi kapal terbang..seronok kan.... :)


Bagi saya, walaupun LEGOLAND ini adalah yang keenam di dunia, keseronokan dan keunikannya sangat berbeza dengan taman tema yang lain. Kerana tarikan, makanan, dan landskapnya kesemuanya dibina mengikut kesesuaian persekitaran. Contohnya, Miniland, yang khusus didedikasikan kepada Asia termasuklah Menara Berkembar Petronas yang berketinggian 10 meter yang terdapat di sini. 


Taman Tema Legoland ni terletak di Bandar Iskandar yang sangat mudah dikunjungi dengan kereta, pengangkutan awam, mahupun udara.Kedudukan taman ni berhampiran dengan Sempadan dan hab antarabangsa Lapangan Terbang Changi yang sekaligus membolehkan warga Singapura mengambil masa hanya 10 minit perjalanan dari Link Kedua Tuas ( Second Link ). Kat sini, saya nak kongsi jugak mengenai tiket Taman Tema Legoland ni. Korang semua boleh beli tiket sehari atau pas tahunan yang sah laku untuk temph 12 bulan dan lawatan tanpa had sepanjang waktu beroperasi termasuklah hujung minggu dan cuti sekolah. Tapi bagi student2, saya sarankan kalau nak datang Legoland ni, kalau boleh booking tiket awal2 dan boleh dapat harga student..Yg penting kene kol, dan book awal2 dulu..


INFO : 

Waktu Beroperasi
Isnin-Jumaat
10 pagi-6 petang

Sabtu/Ahad/Cuti Sekolah/Cuti Umum
10 pagi-8 malam
Dibuka setiap hari kecuali hari Rabu di luar cuti sekolah dan cuti umum. )

Harga Tiket

Dewasa            :RM 140
Kanak-kanak  : 3-11 tahun ( RM 110 )
Warga Emas   : Atas 60 tahun ( RM110 )

SELAMAT MENGUNJUNGI LEGOLAND!!

0 comments: